Tuesday, January 8, 2013
Mencari azamku ?
Aku masih mencari azamku....
Adakah ? tiadakah ?
Sampai masa...pasti bertemu kan?
S.E.N.Y.U.M
(^___^)Y
Friday, September 7, 2012
Di sebalik senyuman itu...
Di sebalik senyuman itu, seorang wanita yang memendam cintanya
Di sebalik senyuman itu, seorang ibu yang dipisahkan dari anaknya
Di sebalik senyuman itu, seorang anak yang mendambakan kasih ibu bapanya
Di sebalik senyuman itu, seorang pekerja yang diberhentikan kerja
Di sebalik senyuman itu, seorang pelajar yang gagal peperiksaannya
Di sebalik senyuman itu, terdapat banyak cerita duka lara.....
Namun, mereka tetap tersenyum,
Kerana....
Di sebalik senyuman itu,wujud kesabaran yang menggunung atas ujian-Nya
Di sebalik senyuman itu,mereka bersyukur atas kurniaan-Nya
Di sebalik senyuman itu,mereka redha dengan ketentuan-Nya
Di sebalik senyuman itu,ada sepenuh keyakinan kepada-Nya
Dan aku....
masih lagi tercari-cari senyuman itu...
Monday, June 25, 2012
Jatuh....jatuh....jatuh !!!
Comey amet......aku slalu jer ulang tayang part tuh =D
Bercerita tentang jatuh ini....kalau diingat kembali
pertama kali jatuh, ternyata sakitnya amat mendalam
terasa seakan segalanya sudah tamat
air mata yg mengalir ibarat 7 lautan
Kemudian, kali kedua kita jatuh
sakitnya masih sakit
cuma kerana kita sudah merasai kesakitan itu
sedikit sebanyak kita sedikit tabah menghadapinya
air mata yang mengalir pun.....mungkin hanya 3 lautan ;)
dan kita jatuh lagi kali ketiga, keempat , kelima......
jatuh dan jatuh lagi
sakit dan sakit lagi
menangis da menangis lagi
sehinggakan
kadangkala kita tertanya, teruk benarkan kita smpai asyik jatuh
Namun di setiap kejatuhan itu, kita sebenarnya dididik dan ditempa
kerana disebalik kejatuhan itu, ia meninggikan kesabaran kita
disebalik kesakitan itu, kekuatan kita juga bertambah
dan akhirnya kita pasti bersyukur kerana diberikan pengajaran itu
kerana di setiap kejatuhan itu perlu ada sabar, di setiap sabar perlu disertai dgn kekuatan dan akhirnya dilengkapi dengan kesyukuran.
Jangan dibenci kejatuhan kita, kerana dari kejatuhan itulah kita akan bangun semula
Insya Allah, you'll never walk alone....
"Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung"
Kuatkan hati.....teguhkan iman
Lalu dari situ teruskan perjalanan
Mencari kejayaanmu yang tertangguh ^____^
Thursday, November 17, 2011
Hati Oh Hati
mengapa tercuit lagi
bukankah sudah punya solusi
hidup hanya untuk hari ini
Hati oh Hati
kenapa biarkan fikiran berimaginasi
kenapa biar mata mengintai lagi
kau biarkan harapan melata ke langit, menjalar di bumi
Hati Oh hati
ingatlah selalu akan tugasmu
mencintai Yang Maha Satu
manakan mungkin, kau mahu dia
jika tanpa DIA
Hati Oh Hati
yakinkan dirimu
janjinya yang satu
peliharalah dirimu
nescaya DIA memeliharamu
"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram(kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"
Thursday, November 10, 2011
=Lyric= Bila Nak Saksi Spider
WajahMU kerap kumimpi
WajahMU sering kupuja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata
KAU masih belumpun kupunya
Rinduku masih KAU tak peka
CintaMU kerap kumimpi
CintaMU sering kudamba
Buatku terasa sedih
Kala ku bukakan mata
KAU masih belumpun kudakap
Rinduku masih KAU tak singkap
Bila nak saksi KAU datang terkulai?
Bila nak saksi KAU datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?
DiriMU kerap ku mimpiDiriMUsering ku khayal
Aku angan-angankan KAU dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam
Bila nak saksi KAU datang terkulai?
Bila nak saksi KAU datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?
KAU masih belumpun kupunya
Rinduku masih KAU tak peka
Bila nak saksi KAU datang terkulai?
Bila nak saksi KAU datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?
Bila nak saksi cintaMU kugapai?
DiriMU kerap ku mimpi
DiriMU sering ku khayal
Aku angan-angankan
credit to:http://www.lyricsfreak.com/s/spider/bila+nak+saksi_20657831.html
Thursday, October 27, 2011
Pencarian berakhir?
Wpun masih mampu tersenyum, namun di dalam hati hanya Allah yg tahu
Mengaku kesalahan sendrik, kecuaian yg masih xperbaiki
Dah usaha cari.....dgn bantuan k.ainah
I Lost my Purse !!!! But I'll keep smiling
Redha? Bgku, that the easiest way.
Nak wat cam ne, ngis pun purse itu xkan kembali
nak gelak pun xmampu
senyum je la
Pengubat hati....aku sudah menyusuri kembali jalan2 yg dilalui utk mencari jejak2 purseku
tp....bayangnyer da ilang
Jadi....ya aku terima kecuaian ku dan aku harap diri aku belajar n terus menginsafi diri.
Betulkan yg biasa, dan biasakan yg betul
Thursday, October 13, 2011
Tentang Cinta :Dari kacamataku
Mengapa? Mungkin setelah berusia 24 tahun ini, baru pertama kali aku tersedar dr lena. Walau sebelum ini aku gah bercerita soal cinta, menyanyi lagu cinta tp hakikat yg aku fahami, cinta hanyalah cinta. Sekadar perkataan "cinta".
Seawal usia 12thn, aku sudah cuba bermain cinta(kekononnya). Ketika usia itu, aku beranggapan, apabila kita suka seseorang, dan dia juga begitu, maka itulah cinta. Apabila meningkat remaja di sekolah menengah, definisi itu masih terpahat kukuh di kepala. Ditingkatkan lagi definisi itu, bila menyukai seseorang itu, walau tidak dibalas, itulah cinta (Unconditional Love). Dikuatkan lagi tatkala itu, novel2 romantis menjadi kegilaan. Seperti heroin dalam sesebuah cerita, pasti heronya akan datang akhirnya. Dan terbawa2 masih pemahaman ini sehingga aku dewasa ini. Malu mahu mengaku, tapi itulah hakikatnya seorang "AKU" itu.
Dan saat aku dilorongkan untuk menghayati karya Ustaz Pahrol ini, tersentap aku. Begitu sempit pemikiran aku yang hanya memikirkan cinta sesama makhluk. Sedangkan ada satu CINTA yang perlu aku utamakan.
Menatap kulit buku ini, terpampang kata-kata
"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya"Kata-kata ini seakan pembuka selera yang teramat sedap dan istimewa, hingga menyebabkan aku tidak sabar2 untuk meneruskan santapan ke hidangan utama dan pencuci mulutnya. Walaupun saat aku menulis ini, aku masih punya 18 helaian yang belum dibaca (alasan: kekangan masa-hakikat: pengurusan masa yg tidak efisen), namun seawal bab pertama aku sudah memberi "thumbsup" untuk buku ini. Bagiku, buku ini ringkas dan padat. Analogi yang mudah ku pahami dengan gaya bahasa yang bersahaja. Namun, kesedaran dan ilmu yang ku perolehi, menyedarkan dan menginsafi diri yang serba jahil ini. Panduan dan rujukan untuk yang belum mengenali cinta, nasihat dan peringatan bagi yang memilih untuk bercinta, umpama penawar bagi yang putus cinta. Dan pasti, walau sesiapa pun kita, disedarkan akan hakikat CINTA sebenar-benarnya...Insya Allah.
Antara qoute2 favouriteku dalam buku ini:
"Kita tidak boleh mencintai org lain sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah"
"Umpama kelawar yang tidak dapat melihat di siang hari, bukan kerana siang itu gelap tetapi mata kelawar itu yang tidak mampu menatap terangnya siang"
"Tiada wanita yang hodoh, hanya kecantikan yang berbeza"
"Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang kita lihat, tetapi kita boleh mengubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukakan apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya !"
"Usahakan sebaik tadbir, kemudian tunggulah sebaik-baik takdir"
"Ya Allah berikan cinta-Mu kepadaku, jadikan org yg mencintai-Mu mencintai aku, dan jadikan aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu"
"Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini yang seringkali lalai dan lupa akan agungnya CINTAMU, janganlah Engkau palingkan hati ini. Bimbinglah aku dalam mencari CINTAMU & mencari redha-Mu...Amin"
