CICIPAN IMAN DARI PENDERHAKA
.....
”Apakah kita hanya perlu berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita?” tanya saya, mengalih tumpuan.
”Logiknya begitulah. Buat baik kepada yang baik. Buat baik dibalas baik. Ini biasa. Hati kita yang menghukumkan begitu.”
”Soal hati sangat relatif. Hati manusia berbeza-beza. Sedangkan kebaikan dan kebenaran adalah mutlak. Dan inilah asas agama. Kita perlu merujuk kepada agama. Maksudnya kepada Tuhan, maka barulah nanti rasa hati kita tepat dengan kebenaran dan kebaikan yang sebenar.”
Dia tenang. Berfikir, mungkin.
”Pernah dengar bagaimana kisah seorang perempuan lacur diampuni Allah kerana memberi minum anjing yang sangat kehausan?” tanya saya.
Dia mengangguk.
”Masih ingat bagaimana Rasulullah s.a.w. menziarahi wanita Yahudi yang sering meletakkan duri dan najis di jalan yang baginda sering lalui?”
Dia mengangguk.
”Pernah baca sejarah ketaatan dan kebaikan Siti Asiah sebagai isteri hatta kepada suaminya Firaun laknatullah?”
Dia mengangguk.
”Apa maksud awak dengan kisah-kisah itu?”
”Kitalah itu… kisah saya dan kisah awak! Dalam hidup, Allah menyuruh kita berbuat baik. Dan suruhan berbuat baik itu Allah tidak bataskan hanya kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Apalah kebaikan yang pernah diberikan oleh anjing kehausan itu kepada perempuan lacur tersebut? Apalah kebaikan wanita Yahudi yang sering menyakiti Rasulullah? Dan Firaun suami Siti Asiah itu hakikatnya adalah sejahat-jahat manusia. Namun… kejahatan mereka itu dibalas oleh kebaikan… ”
”Payah, hati kita terseksa. Kita telah dizalimi, macam mana nak balas baik lagi?” akuinya terus-terang.
”Itulah salahnya kita… hanya asyik memikirkan kita. Buat baik pun kerana kita, bukan kerana Allah.”
”Apa maksud awak?”
”Kalau kita buat baik kepada orang yang buat baik kepada kita, itu ertinya kita buat baik kerana diri kita… bukan kerana Allah.”
”Tak faham saya…”
”Apabila kebaikan telah kita rasai, maka timbul rasa nak membalasnya. Baik dibalas baik. Itu kerana diri kitalah. Tapi kalau kerana Allah… lain.”
”Lain macam mana?”
”Kita tetap buat baik, walaupun tidak dibalas baik. Sekalipun kepada orang yang tak buat baik kepada kita…”
”Susah tu… hati kita menolak.”
”Hati kita lagi? Kan masih terikat dengan ’kita’. Ketepikan diri kita. Buatlah baik atas dasar itu perintah Allah. Walaupun kebaikan kita tidak dibalas. Walaupun orang yang kita buat baik itu bukan orang yang baik. Itulah ikhlas. Bukti kita tak harapkan apa-apa balasan kecuali keredhaan Allah.”
”Jadi, awak rasa ayah saya layak menerima kebaikan dari saya dan adik-beradik?
”Dia layak. Dan awak wajib memberikannya,” jawab saya pendek.
“Walaupun dia tak bertanggungjawab? Tidak pernah bersusah kerana kami?”
”Jangan terikat kepada kebaikan atau kejahatannya lagi. Tetapi ingatlah kepada Allah. Allah wajibkan kita berbuat baik kepada ibu bapa…”
”Maksud awak, buat baik kerana Allah?”
”Ya, begitulah.”
”Aneh sungguh, orang jahat boleh jadi saluran kita kepada Allah.”
”Ya, bila kita melayani orang jahat dan kejahatannya dengan satu kebaikan.”
”Apalah hikmah agaknya ya… bila Tuhan perintahkan begitu?”
”Tentu banyak. Antaranya, kebaikan akan menyebabkan orang jahat menjadi insaf dan sedar.”
”Macam mana tu?”
”Kembali kepada kisah-kisah tadi. Bukankah perempuan Yahudi yang jahat itu akhirnya tunduk dengan kebaikan Rasulullah s.a.w. dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah? Itu bukti, bagaimana orang jahat boleh jadi baik apabila dihadapi dengan kebaikan.”
”Jadi, menurut awak, tidak mustahil ayah juga akan berubah jika kami berikan kasih sayang kepadanya.”
”Dia bukan akan berubah. Sebenarnya dia dah berubah. Sebab itu dia datang kepada awak. Dan sebaik sahaja awak berbuat demikian, awak pun akan berubah.”
”Berubah macam mana?”
”Hati awak akan menjadi tenang dan lapang. Kemarahan, dendam dan kekecewaan selama ini akan mula terpadam. Memaafkan, akan melegakan bukan sahaja pada ayah awak yang menerimanya malah awak yang memberinya juga. Percayalah. Itulah yang akan memberikan erti kemanisan iman.”
”Tak sangka… ada di antara jalan mendekatkan diri kepada Allah kekadang ada pada orang yang derhakakan-Nya. Hakikatnya kejahatan juga boleh dijadikan kebaikan bila…”
”Kejahatan dibalas dengan kebaikan. Itulah maksud sabda Rasululah s.a.w., buatlah baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kamu! Pergilah bertemu ayah awak. Berikan kebaikan dengan tulus dan ikhlas. Berikan dia peluang membetulkan kesalahan lampaunya!”
sumber asal :cicipan-iman-dari-yang-derhaka
Monday, April 15, 2013
Seindah, sekabur langit
Langit ini....
Adakah sama
Bila aku memandangnya
Dan bila kamu memandangnya?
Apabila aku gembira melihatnya
Apakah kamu gembira atas sebab yang sama?
Atau ketika aku menangis kerananya
Adakah kamu menangis atas sebab yang sama?
Apakah kabur kerana dihijab awan?
Atau kerana melihat dari tempat yang berbeza?
Apakah sama jika melihat dari sebalik awan, tempat yang ku lihat langit ini?
Thursday, April 11, 2013
WishList seorang NuSYaNa
- Nak join program latihan mukmin professional by Ust Pahrol
Nak abeskan Master- Nak abeskan bace buku2 yg dibeli
- Nak pergi Johor, melawat kubur arwah sahabat
- Nak g muzium negara
- Nak g muzium USM
- g sabah
Insya Allah...
Perancangku, Perancangan Allah.
Perancangan Allah nyata yg terbaik.
"Berikan aku apa yang baik diriku, agamaku, kehidupan kini dan akan datang, dan berilah berkat darinya...
Jauhkan aku dari segala apa yang akan membawa kemudaratan kepada diriku, agamaku, kehidupan kini dan akan datang, dan gantikan ia dgn yang lebih baik...."
Tuesday, February 12, 2013
cuti yg lenggang
Tak pernah mbayangkan, ada satu hari di mana aku, berada di foyer yang lenggang, smbil surfing tenet, mancari bahan tuk research smbil mdwload anime, menderma darah untuk nyamuk2 yg lapar, bersama bekalan n.goreng dan drumet spicy ayamas untuk mengisi perut.
Apakah lagi yg bakal mndatang?
Who's know rite?
Keep ur head up n just move forward...
Insya Allah, all is well
\(^___^)/
Apakah lagi yg bakal mndatang?
Who's know rite?
Keep ur head up n just move forward...
Insya Allah, all is well
\(^___^)/
Sunday, February 10, 2013
Langkah pertama
Org slalu kata, dalam setiap sesuatu itu, yang paling susah ialah langkah pertama.
Alhamdulillah, aku telah pun memulakan langkah pertama dalam perjalanan ini.
Dan sedang berusaha menapak satu-satu, tak laju, juga tak perlahan
=)
Ibu kata, aku selalu memilih melaksanakan sesuatu itu dalam kepayahan, dan melepaskan peluang ketika ada kemudahan. Ada benarnya kata-katanya itu, kerana aku seorang yang sering mengambil mudah dalam semua jalanku.
Atas setiap kesilapan itu, aku cuba mengambil iktibar dan masih dalam proses untuk menerima dan mengatasi kelemahanku.
Dan langkahku kali ini, nyatanya tidak mudah, atas banyak faktor. Tapi entah kenapa, kali ini lebih tenang.
Insya Allah, pasti boleh
D.U.I.T.S - Doa, Usaha, Ikhlas, Tawakal & Syukur
=)
Alhamdulillah, aku telah pun memulakan langkah pertama dalam perjalanan ini.
Dan sedang berusaha menapak satu-satu, tak laju, juga tak perlahan
=)
Ibu kata, aku selalu memilih melaksanakan sesuatu itu dalam kepayahan, dan melepaskan peluang ketika ada kemudahan. Ada benarnya kata-katanya itu, kerana aku seorang yang sering mengambil mudah dalam semua jalanku.
Atas setiap kesilapan itu, aku cuba mengambil iktibar dan masih dalam proses untuk menerima dan mengatasi kelemahanku.
Dan langkahku kali ini, nyatanya tidak mudah, atas banyak faktor. Tapi entah kenapa, kali ini lebih tenang.
Insya Allah, pasti boleh
D.U.I.T.S - Doa, Usaha, Ikhlas, Tawakal & Syukur
=)
Friday, February 1, 2013
Load Balancing
Saya ada dua beban, di tangan kanan dan kiri.
Kedua-dua beban ini perlu diimbangkan sama rata untuk hasil optimum.
Kalau tak, pasti satu terabai.
Worst case, dua-dua pun terabai.
Saya perlu faham, dan orang lain pun perlu CUBA untuk faham (wpun mungkin tidak)
Start Load Balancing.......
Loading.......
............
Kedua-dua beban ini perlu diimbangkan sama rata untuk hasil optimum.
Kalau tak, pasti satu terabai.
Worst case, dua-dua pun terabai.
Saya perlu faham, dan orang lain pun perlu CUBA untuk faham (wpun mungkin tidak)
Start Load Balancing.......
Loading.......
............
Thursday, January 10, 2013
Clueless?
ye...selepas hampir 10 tahun berlaku....
bru aku sedar
aku ni CLUELESS person?
bukan untuk semua keadaan
cuma ada keadaan yg tertentu
aku xminta diulg semula kejadian
cume ade sedikit terkilan,
if only I knew ( well, what u expect from 17years old girl who know nothing? )
MUNGKIN aku akan treat kamu better (mungkinkah ? )
kamu minta maaf, dan sekarang aku terfikir sebenarnya akukah yg salah ?
aku xmampu nk berdepan ngan kamu pun
apatah lagi kalu nk minta maaf & bangkitkan perkara yg lapuk
mohon2 aku tak melukakan kamu (TRULY SORRY)
well, org kate
IF is a very dangerous game
yg lepas da lepas
dan aku rase mereka-mereka kini telah temui kebahagiaan
dan aku juga mendoakan mereka agar bahagia-bahagia selalu.
bru aku sedar
aku ni CLUELESS person?
bukan untuk semua keadaan
cuma ada keadaan yg tertentu
aku xminta diulg semula kejadian
cume ade sedikit terkilan,
if only I knew ( well, what u expect from 17years old girl who know nothing? )
MUNGKIN aku akan treat kamu better (mungkinkah ? )
kamu minta maaf, dan sekarang aku terfikir sebenarnya akukah yg salah ?
aku xmampu nk berdepan ngan kamu pun
apatah lagi kalu nk minta maaf & bangkitkan perkara yg lapuk
mohon2 aku tak melukakan kamu (TRULY SORRY)
well, org kate
IF is a very dangerous game
yg lepas da lepas
dan aku rase mereka-mereka kini telah temui kebahagiaan
dan aku juga mendoakan mereka agar bahagia-bahagia selalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)