Saturday, June 22, 2013

Meeting someone......

Alhamdulillah.....

21/06/13

Daku berpeluang melihat dari kaca mata ini seorg insan yang dikagumi.
Prof MKI, penulis buku travelog haji, syukur saat diuji....
Sebelum ini hanya mengikuti dari fb, dan membaca hasil nukilannya...
Kali ini dapat melihat dan mendengar sendiri
Alhamdulillah,
ringkas tapi menyentuh kata2nya
byk yg aku perolehi
berpeluang juga aku mendapatkan autografnya untuk ibu.

Syukur saat diuji

Another dugaan for me, my lappie falling sick.
Sebenarnya bukan masalah yg besar kalu my lappie jatuh sakit
since I already accept the fact that my lappie is the tool that I use to complete my tasks.
Not my other half anymore.
Unfortunately, my lappie is sick a week before the data that I need to submit my thesis.
Yes, it not a big problem also, because I can use computer at library for my writing.
My only concern, I need to do my data analysis.

Alhamdulillah, as if I know in advance (intuition- Allah yang menggerakkan hati ini, kepunyaan Allah hati ini) that something wrong with my lappie, I already save my thesis in my HD and dropbox. 

Alhamdulillah, Thank you Allah for giving me sakinah in midst of everything.

Alhamdulillah, for giving me all the help I need

Alhamdulillah, for never leaving me, coz I always know I never walk alone.

and I know, and I believe I'm gonna be okay ! All is well, Insya Allah.


Tuesday, June 18, 2013

Petikan dari Hidup Penuh Cinta

"Jangan berputus asa, kerana Tuhan lebih mengerti apa yang terbaik untuk kita. Teruskan berusaha bagi menjadi yang terbaik dalam semua perkara. Jangan mengalah, dan sekiranya susah bagi kau mengerti, cukuplah aku katakan, kita adalah hamba kepada-Nya, dan sebagai hamba, patuh dan terima apa yang Tuhan takdirkan untuk kita. Tetapi sebelum takdir itu tiba, jangan kita mendahului takdir kita. Tuhan mahu kita berusaha, tidak mahu kita hilang harapan, dan sebagai hamba.... Kita jangan sesekali mendahului kerja Tuhan..."

Petikan dari Hidup Penuh Cinta, Bahrudin Bekri

Sunday, June 9, 2013

Recovering.....

Recovering....mentally and physically....
minggu ujian dgn sickness....one after another
dan work stress? for the 1st time kekeke

rest for four days straight, off handphone, put aside research and work...
just sleep, eating & light reading

Reminder to myself:

Stress happened when ur connection wif Allah SWT is weak.

and syukur to all these, it seem that the "JADE" in me now finally awaken. Thank you Allah. I will try my best  in my life to dream and be ambitious, Insya Allah.

Monday, April 29, 2013

Bersenang2 dahulu, da susah skang .....

Kerja bertangguh mmg xmenjadi kan
Selepas seminggu bersenang lenang, bru nk uruskan beban kerja
Membukit......adohai.....
Da tau minggu nih byk aktiviti dan janji, buat la lgi
huhuhu

jangan nak kmplen k.....sendiri wat, sendri tanggung =P


Tuesday, April 23, 2013

Never Give up (^___^)Y

"Do what you like
Love what you do
Ask yourself, what you wanna do

Never give up
Cheer up, toward your dreams
Never give up
Get up, get up, you can do it
Wake up, wake up
Don't worry, everything will be fine
Never give up
Because it's you, it's you
Believe in yourself
Never give up...."
Never Give Up - Bang&Zelo
Credit to: Never give up - full lyric

Monday, April 15, 2013

CICIPAN IMAN DARI YANG DERHAKA - UST Pahrol

CICIPAN IMAN DARI PENDERHAKA

.....

”Apakah kita hanya perlu berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita?” tanya saya, mengalih tumpuan.

”Logiknya begitulah. Buat baik kepada yang baik. Buat baik dibalas baik. Ini biasa. Hati kita yang menghukumkan begitu.”

Soal hati sangat relatif. Hati manusia berbeza-beza. Sedangkan kebaikan dan kebenaran adalah mutlak. Dan inilah asas agama. Kita perlu merujuk kepada agama. Maksudnya kepada Tuhan, maka barulah nanti rasa hati kita tepat dengan kebenaran dan kebaikan yang sebenar.”

Dia tenang. Berfikir, mungkin.

”Pernah dengar bagaimana kisah seorang perempuan lacur diampuni Allah kerana memberi minum anjing yang sangat kehausan?” tanya saya.

Dia mengangguk.

”Masih ingat bagaimana Rasulullah s.a.w. menziarahi wanita Yahudi yang sering meletakkan duri dan najis di jalan yang baginda sering lalui?”

Dia mengangguk.

”Pernah baca sejarah ketaatan dan kebaikan Siti Asiah sebagai isteri hatta kepada suaminya Firaun laknatullah?”

Dia mengangguk.

”Apa maksud awak dengan kisah-kisah itu?”

”Kitalah itu… kisah saya dan kisah awak! Dalam hidup, Allah menyuruh kita berbuat baik. Dan suruhan berbuat baik itu Allah tidak bataskan hanya kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Apalah kebaikan yang pernah diberikan oleh anjing kehausan itu kepada perempuan lacur tersebut? Apalah kebaikan wanita Yahudi yang sering menyakiti Rasulullah? Dan Firaun suami Siti Asiah itu hakikatnya adalah sejahat-jahat manusia. Namun… kejahatan mereka itu dibalas oleh kebaikan… ”

”Payah, hati kita terseksa. Kita telah dizalimi, macam mana nak balas baik lagi?” akuinya terus-terang.

Itulah salahnya kita… hanya asyik memikirkan kita. Buat baik pun kerana kita, bukan kerana Allah.”

”Apa maksud awak?”

”Kalau kita buat baik kepada orang yang buat baik kepada kita, itu ertinya kita buat baik kerana diri kita… bukan kerana Allah.”

”Tak faham saya…”

”Apabila kebaikan telah kita rasai, maka timbul rasa nak membalasnya. Baik dibalas baik. Itu kerana diri kitalah. Tapi kalau kerana Allah… lain.”

”Lain macam mana?”

”Kita tetap buat baik, walaupun tidak dibalas baik. Sekalipun kepada orang yang tak buat baik kepada kita…”

”Susah tu… hati kita menolak.”

Hati kita lagi? Kan masih terikat dengan ’kita’. Ketepikan diri kita. Buatlah baik  atas dasar itu perintah Allah. Walaupun kebaikan kita tidak dibalas. Walaupun orang yang kita buat baik itu bukan orang yang baik. Itulah ikhlas. Bukti kita tak harapkan apa-apa balasan kecuali keredhaan Allah.”

”Jadi, awak rasa ayah saya layak menerima kebaikan dari saya dan adik-beradik?

”Dia layak. Dan awak wajib memberikannya,” jawab saya pendek.

“Walaupun dia tak bertanggungjawab? Tidak pernah bersusah kerana kami?”

”Jangan terikat kepada kebaikan atau kejahatannya lagi. Tetapi ingatlah kepada Allah. Allah wajibkan kita berbuat baik kepada ibu bapa…”

”Maksud awak, buat baik kerana Allah?”

”Ya, begitulah.”

”Aneh sungguh, orang jahat boleh jadi saluran kita kepada Allah.”

”Ya, bila kita melayani orang jahat dan kejahatannya dengan satu kebaikan.”

”Apalah hikmah agaknya ya… bila Tuhan perintahkan begitu?”

”Tentu banyak. Antaranya, kebaikan akan menyebabkan orang jahat menjadi insaf dan sedar.”

”Macam mana tu?”

”Kembali kepada kisah-kisah tadi. Bukankah perempuan Yahudi yang jahat itu akhirnya tunduk dengan kebaikan Rasulullah s.a.w. dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah? Itu bukti, bagaimana orang jahat boleh jadi baik apabila dihadapi dengan kebaikan.”

”Jadi, menurut awak, tidak mustahil ayah juga akan berubah jika kami berikan kasih sayang kepadanya.”

”Dia bukan akan berubah. Sebenarnya dia dah berubah. Sebab itu dia datang kepada awak. Dan sebaik sahaja awak berbuat demikian, awak pun akan berubah.”

”Berubah macam mana?”

Hati awak akan menjadi tenang dan lapang. Kemarahan, dendam dan kekecewaan selama ini akan mula terpadam. Memaafkan, akan melegakan bukan sahaja pada ayah awak yang menerimanya malah awak yang memberinya juga. Percayalah. Itulah yang akan memberikan erti kemanisan iman.”

”Tak sangka… ada di antara jalan mendekatkan diri kepada Allah kekadang ada pada orang yang derhakakan-Nya. Hakikatnya kejahatan juga boleh dijadikan kebaikan bila…”

”Kejahatan dibalas dengan kebaikan. Itulah maksud sabda Rasululah s.a.w., buatlah baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kamu! Pergilah bertemu ayah awak. Berikan kebaikan dengan tulus dan ikhlas. Berikan dia peluang membetulkan kesalahan lampaunya!”


sumber asal :cicipan-iman-dari-yang-derhaka