Friday, November 12, 2010

K.A.M.I

Saatku diuji...
Ada masa aku rasa jalanku semua mati,
tiada pintu yang terbuka
dan aku rasa sesak dan buntu
kadang2 melemahkanku, kerana sumber kekuatanku tiada di sisi

Walau begitu, aku kuatkan hati dan yakin
ada DIA tempatku mengadu, tempatku memohon

DIA aturkan pertemuan kami
Sahabatku, adikku
Pengubat rindu & laraku
tempatku mengadu
Berkongsi gelak tawaku, tangisku

Aku sangat bersyukur Allah menemukan kami
adikku, "kejayaan"ku

Dan DIA berikan aku seorang yang boleh aku meluah rasa
yang memahami apa yang terkandung di hati
yang mampu memberi nasihat tatkala bisikan hati dicemari
yang sering berkongsi ilmu
contoh untukku, peringatan untukku

Thank You ALLAH

"Cukuplah Allah (menjadi Penolong) bagi kami dan DIA sebaik-baik pelindung"