Friday, September 7, 2012

Di sebalik senyuman itu...

Di sebalik senyuman itu, seorang lelaki yang kehilangan hartanya
Di sebalik senyuman itu, seorang wanita yang memendam cintanya
Di sebalik senyuman itu, seorang ibu yang dipisahkan dari anaknya
Di sebalik senyuman itu, seorang anak yang mendambakan kasih ibu bapanya
Di sebalik senyuman itu, seorang pekerja yang diberhentikan kerja
Di sebalik senyuman itu, seorang pelajar yang gagal peperiksaannya
Di sebalik senyuman itu, terdapat banyak cerita duka lara.....

Namun, mereka tetap tersenyum,
Kerana....

Di sebalik senyuman itu,wujud kesabaran yang menggunung atas ujian-Nya
Di sebalik senyuman itu,mereka bersyukur atas kurniaan-Nya
Di sebalik senyuman itu,mereka redha dengan ketentuan-Nya
Di sebalik senyuman itu,ada sepenuh keyakinan kepada-Nya

Dan aku....
masih lagi tercari-cari senyuman itu...