Friday, September 7, 2012

Di sebalik senyuman itu...

Di sebalik senyuman itu, seorang lelaki yang kehilangan hartanya
Di sebalik senyuman itu, seorang wanita yang memendam cintanya
Di sebalik senyuman itu, seorang ibu yang dipisahkan dari anaknya
Di sebalik senyuman itu, seorang anak yang mendambakan kasih ibu bapanya
Di sebalik senyuman itu, seorang pekerja yang diberhentikan kerja
Di sebalik senyuman itu, seorang pelajar yang gagal peperiksaannya
Di sebalik senyuman itu, terdapat banyak cerita duka lara.....

Namun, mereka tetap tersenyum,
Kerana....

Di sebalik senyuman itu,wujud kesabaran yang menggunung atas ujian-Nya
Di sebalik senyuman itu,mereka bersyukur atas kurniaan-Nya
Di sebalik senyuman itu,mereka redha dengan ketentuan-Nya
Di sebalik senyuman itu,ada sepenuh keyakinan kepada-Nya

Dan aku....
masih lagi tercari-cari senyuman itu...

Monday, June 25, 2012

Jatuh....jatuh....jatuh !!!

Tringat movie Penggembaraan Geng....scene yang aku paling suker skali bila Upin? Ipin? sebut "Jatuh3"
Comey amet......aku slalu jer ulang tayang part tuh =D

Bercerita tentang jatuh ini....kalau diingat kembali
pertama kali jatuh, ternyata sakitnya amat mendalam
terasa seakan segalanya sudah tamat
air mata yg mengalir ibarat 7 lautan

Kemudian, kali kedua kita jatuh
sakitnya masih sakit
cuma kerana kita sudah merasai kesakitan itu
sedikit sebanyak kita sedikit tabah menghadapinya
air mata yang mengalir pun.....mungkin hanya 3 lautan ;)

dan kita jatuh lagi kali ketiga, keempat , kelima......
jatuh dan jatuh lagi
sakit dan sakit lagi
menangis da menangis lagi
sehinggakan
kadangkala kita tertanya, teruk benarkan kita smpai asyik jatuh

Namun di setiap kejatuhan itu, kita sebenarnya dididik dan ditempa
kerana disebalik kejatuhan itu, ia meninggikan kesabaran kita
disebalik kesakitan itu, kekuatan kita juga bertambah
dan akhirnya kita pasti bersyukur kerana diberikan pengajaran itu
kerana di setiap kejatuhan itu perlu ada sabar, di setiap sabar perlu disertai dgn kekuatan dan akhirnya dilengkapi dengan kesyukuran.

Jangan dibenci kejatuhan kita, kerana dari kejatuhan itulah kita akan bangun semula
Insya Allah, you'll never walk alone....

"Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung"

Kuatkan hati.....teguhkan iman
Lalu dari situ teruskan perjalanan 
Mencari kejayaanmu yang tertangguh ^____^