Sunday, February 10, 2013

Langkah pertama

Org slalu kata, dalam setiap sesuatu itu, yang paling susah ialah langkah pertama.
Alhamdulillah, aku telah pun memulakan langkah pertama dalam perjalanan ini.
Dan sedang berusaha menapak satu-satu, tak laju, juga tak perlahan
=)

Ibu kata, aku selalu memilih melaksanakan sesuatu itu dalam kepayahan, dan melepaskan peluang ketika ada kemudahan. Ada benarnya kata-katanya itu, kerana aku seorang yang sering mengambil mudah dalam semua jalanku.

Atas setiap kesilapan itu, aku cuba mengambil iktibar dan masih dalam proses untuk menerima dan mengatasi kelemahanku.

Dan langkahku kali ini, nyatanya tidak mudah, atas banyak faktor. Tapi entah kenapa, kali ini lebih tenang.

Insya Allah, pasti boleh

D.U.I.T.S - Doa, Usaha, Ikhlas, Tawakal & Syukur
=)

No comments:

Post a Comment