Monday, April 15, 2013

Seindah, sekabur langit






Langit ini....
Adakah sama
Bila aku memandangnya
Dan bila kamu memandangnya?

Apabila aku gembira melihatnya
Apakah kamu gembira atas sebab yang sama?
Atau ketika aku menangis kerananya
Adakah kamu menangis atas sebab yang sama?

Apakah kabur kerana dihijab awan?
Atau kerana melihat dari tempat yang berbeza?

Apakah sama jika melihat dari sebalik awan, tempat yang ku lihat langit ini?

No comments:

Post a Comment