Thursday, October 13, 2011

Lawak ringkas

Siri Lawak Kolapenjoi Yang Bermotivasi
copy from & crd to: http://isuhangat.net

  1. Selepas makan, isteri Ajoi dan anak perempuannya bersama-sama membasuh pinggan di dapur, manakala Ajoi dan anak lelakinya sedang menonton TV di ruang tamu. Tiba-tiba, terdengar bunyi pinggan pecah dari arah dapur, kemudian senyap. Ajoi melihat anak lelakinya dan berkata, “Pasti ibu yang memecahkan pinggan itu.” “Bagaimana ayah tahu?” tanya anaknya. “Kerana tidak dengar suara dia memarahi orang lain” jawab Ajoi.

    Moral isuhangat – Kita semua sudah biasa menggunakan standard yang berbeza melihat orang lain dan memandang diri sendiri. Sehingga kita selalu menuntut orang lain membuat sesuatu dengan serius, tetapi penuh toleransi jika terkena diri sendiri.


  2. Ada dua kumpulan pelancong yang menaiki 2 buah bas yang berasingan pergi ke sebuah pantai Batu Layar di Kota Tinggi yang mana pemandu pelancongnya ialah Ajoi dan Sumardi. Keadaan jalan ke sana sangat teruk, berlubang-lubang dan beralun. Sumardi berulang-ulang mengatakan keadaan jalannya rosak teruk dan tidak diperbaiki. Sedangkan Ajoi bercakap kepada pelancongnya dengan nada puitis, “Jalan yang kita lalui sekarang ini adalah jalan protokol terkenal di Kota Tinggi yang bernama jalan berleluk yang indah, semoga menghayati alunan yang asli dari jalan ini.”

    Moral isuhangat – Walaupun keadaan sama, namun fikiran yang berbeza akan menimbulkan sikap yang berbeza pula. Fikiran adalah suatu yang sangat menakjubkan, bagaimana anda berfikir, keputusan berada di tangan anda.


  3. Ajoi dan Sumardi , masing-masing di darjah 3 tetapi dari dua sekolah yang berbeza mempunyai cita-cita yang sama pula iaitu menjadi PELAWAK. Guru Sumardi berkata “ Cita-cita kamu tidak ada masa depan, susah nak jadi manusia berjaya!” Sedangkan guru Ajoi pula berkata “Semoga kamu akan membawakan kecerian seluruh dunia!”

    Moral isuhangat – Kadang-kadang orang yang lebih tua, bukan memberi semangat, malah sering terbatas memberi definisi dengan erti yang sempit.


  4. Isteri Ajoi sedang memasak di dapur. Ajoi yang berada di sebelahnya membebel tidak berhenti-henti “Pelan-pelan sikit, hati-hati! api besar sangat, ikan cepat sangat dibalik, minyaknya terlalu banyak!” Isterinya secara spontan menjawab, “Saya tahu cara memasak.., awak tidak perlu ajar” Ajoi dengan cool menjawab, “Saya hanya nak awak tahu bagaimana perasaan saya … semasa saya sedang memandu kereta, engkau yang berada disebelah membebel tak berhenti.”

    Moral isuhangat – Belajar memberi kelonggaran kepada orang lain itu tidak sukar, asalkan kita mahu berdiri di sudut dan pandangan orang lain melihat suatu masalah.


  5. Sebuah bas yang penuh dengan muatan penumpang sedang laju menurun di jalan yang curam, ada seseorang lelaki yang mengejar bas ini dari belakang. Ajoi di dalam bas tersebut mengeluarkan kepala keluar dari tingkap bas dan berkata kepada orang yang mengejar bus.. “Weiii bro…! Sudahlah, lu tidak mungkin dapat mengejar bas ni!” Orang tersebut menjawab, “Saya harus mengejarnya . . .” Dengan nafas tersekat-sekat dia berkata, “Saya adalah pemandu bus ini!”

    Moral isuhangat – Ada orang lain yang selalu memandang rendah apa yang orang lain lakukan yang kelihatan bodoh tetapi sebenarnya dia sedang mencuba melakukan sesuatu terbaik kerana yang jika tidak , maka akibatnya akan sangat tragik!


  6. Ajoi sedang memandu kereta, ketika santai menikmati pemandangan yang indah, tiba-tiba Sumardi yang sedang memandu dari arah bertentangan membuka tingkap dan menjerit dengan kuat “Babi!”Ajoi pun bengang, dia juga membuka tingkap dan memaki, “Lu yang babi!” Baru saja selesai memaki, dia telah melanggar sekumpulan babi yang sedang menyeberangi jalan.

    Moral isuhangat – Jangan cepat memberi salah tafsir maksud kebaikan dari orang lain, perkara tersebut akan menyebabkan kita yang rugi dan juga membuat orang lain terhina.
akhanusyana: amik yg baik, buang yg keruh

No comments:

Post a Comment