Thursday, October 13, 2011

Tentang Cinta :Dari kacamataku

Baru-baru ini, tergerak hatiku mahu membaca karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi "Tentang Cinta".
Mengapa? Mungkin setelah berusia 24 tahun ini, baru pertama kali aku tersedar dr lena. Walau sebelum ini aku gah bercerita soal cinta, menyanyi lagu cinta tp hakikat yg aku fahami, cinta hanyalah cinta. Sekadar perkataan "cinta".

Seawal usia 12thn, aku sudah cuba bermain cinta(kekononnya). Ketika usia itu, aku beranggapan, apabila kita suka seseorang, dan dia juga begitu, maka itulah cinta. Apabila meningkat remaja di sekolah menengah, definisi itu masih terpahat kukuh di kepala. Ditingkatkan lagi definisi itu, bila menyukai seseorang itu, walau tidak dibalas, itulah cinta (Unconditional Love). Dikuatkan lagi tatkala itu, novel2 romantis menjadi kegilaan. Seperti heroin dalam sesebuah cerita, pasti heronya akan datang akhirnya. Dan terbawa2 masih pemahaman ini sehingga aku dewasa ini. Malu mahu mengaku, tapi itulah hakikatnya seorang "AKU" itu.

Dan saat aku dilorongkan untuk menghayati karya Ustaz Pahrol ini, tersentap aku. Begitu sempit pemikiran aku yang hanya memikirkan cinta sesama makhluk. Sedangkan ada satu CINTA yang perlu aku utamakan.

ihsan: google

Menatap kulit buku ini, terpampang kata-kata
"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya"
Kata-kata ini seakan pembuka selera yang teramat sedap dan istimewa, hingga menyebabkan aku tidak sabar2 untuk meneruskan santapan ke hidangan utama dan pencuci mulutnya. Walaupun saat aku menulis ini, aku masih punya 18 helaian yang belum dibaca (alasan: kekangan masa-hakikat: pengurusan masa yg tidak efisen), namun seawal bab pertama aku sudah memberi "thumbsup" untuk buku ini. Bagiku, buku ini ringkas dan padat. Analogi yang mudah ku pahami dengan gaya bahasa yang bersahaja. Namun, kesedaran dan ilmu yang ku perolehi, menyedarkan dan menginsafi diri yang serba jahil ini. Panduan dan rujukan untuk yang belum mengenali cinta, nasihat dan peringatan bagi yang memilih untuk bercinta, umpama penawar bagi yang putus cinta. Dan pasti, walau sesiapa pun kita, disedarkan akan hakikat CINTA sebenar-benarnya...Insya Allah.

Antara qoute2 favouriteku dalam buku ini:

"Kita tidak boleh mencintai org lain sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah"

"Umpama kelawar yang tidak dapat melihat di siang hari, bukan kerana siang itu gelap tetapi mata kelawar itu yang tidak mampu menatap terangnya siang"

"Tiada wanita yang hodoh, hanya kecantikan yang berbeza"

"Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang kita lihat, tetapi kita boleh mengubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukakan apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya !"

"Usahakan sebaik tadbir, kemudian tunggulah sebaik-baik takdir"

"Ya Allah berikan cinta-Mu kepadaku, jadikan org yg mencintai-Mu mencintai aku, dan jadikan aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu"


"Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini yang seringkali lalai dan lupa akan agungnya CINTAMU, janganlah Engkau palingkan hati ini. Bimbinglah aku dalam mencari CINTAMU & mencari redha-Mu...Amin"

No comments:

Post a Comment