Sunday, March 14, 2010

Keinginan & Keperluan

Kadang2 bila tgk apa yang org lain ade, terdetik di ati yang aku pun kena ade.
Bila angan2 melampaui kemampuan diri, sifat boros pun menguasai...
Akibatnyer...aku pasti membazir atas nama keperluan
Sedangkan ianya hanyalah kehendak yang membutakan akal fikiran
Sesungguhnya, aku masih perlu mendidik hati & nafsu agar tidak terpengaruh atas bisikan2 halus yang mahu menyesatkan.

Definisi dr akal seorg aku:

Keinginan merupakan perasaan ingin memiliki sesuatu yang jika memilikinya, aku berasa puas namun walau tidak memilikinya, tidak akan menjejaskan. Tidak juga terkurang atau bertambah.

Keperluan adalah sesuatu yang perlu aku utamakan, yang akan menyebabkan sesuatu kesan jika tiada.

Aku pernah dengar,

"Kita selalu memandang apa yang org lain miliki,
sehingga kita terlupa apa yang kita miliki."

Aku bersetuju....kadangkala kita terlalu taksub untuk mengejar sesuatu dan cuba bersaing dengan org lain smpai terlupa yang kita juga sudah ada milikan.
Tambah parah, sehingga tanpa sedar kita mungkin terlupa bersyukur atas kurniaan-Nya.
Aku harus mendidik diri untuk menjadi insan yang lebih bersyukur.
Siapalah aku tanpa nikmat dan kurniaan dari-Nya.

Aku hanya menyatakan pendapat...mungkin aku salah, kerana ini hanyalah pandangan dari akalku yang nyata jahil.

No comments:

Post a Comment